RPH



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SAINS TAHUN 5.

Kelas
:
Tahun 5 Terbilang.
Tempoh
:
60 Minit
Bilangan murid
:
40 orang
Mata pelajaran
:
Sains
Tema
:
Rantai Makanan
Liputan Kurikulum
:
a.       Mengetahui jenis tumbuhan dan haiwan yang terlibat dalam Rantai Makanan.
b.      Memperkenalkan istilah pengeluar, pengguna pertama (primer), pengguna kedua (sekunder), dan pengguna ketiga (Tertiar).
c.       Memperkenalkan simbol  ‘à’ yang bermaksud ‘dimakan oleh’.
d.      Membentuk Rantai Makanan.

Hasil Pembelajaran
:
Memahami Rantai Makanan sebagai hubungan makanan antara hidupan
Objektif Pembelajaran
:
Di akhir pengajaran ini, murid dapat:
a.     Matapelajaran
·         Membina sekurang-kurangnya tiga contoh rantai makanan.
·         Memberi secara lisan sekurang-kurangnya tiga contoh pengeluar, pengguna primer, pengguna sekunder dan pengguna tertiar.
b.  Kemahiran saintifik (Kemahiran Proses Sains)
·         Membuat ramalan terhadap situasi yang diberikan oleh guru mengenai rantai makanan.
·         Berkomunikasi dengan rakan sebaya dan guru di dalam keadaan terkawal semasa aktiviti sedang dijalankan.
c.     Sikap saintifik dan nilai murni
a.       Hormat-menghormati dan bekerja sama antara guru dan rakan sebaya di dalam aktiviti pembelajaran.
b.      Menghargai rukun alam bahawa sesuatu yang hidup boleh menjadi makanan kepada benda hidup yang lain.

Pengetahuan Perlu Ada
:
a.       Murid perlu tahu tabiat makan haiwan herbivor, karnivor dan omnivor.
b.      Murid perlu tahu bahawa tumbuhan hijau boleh membina makanannya sendiri.

Keperluan Khas
:
a.       Sebuah komputer dan satu projektor LCD untuk keperluan guru.

Persediaan Guru
:
a.       Persembahan Perisian Pembelajaran  yang menunjukkan gambaran perkaitan Rantai Makanan.
b.      ‘Roll up White Board’  yang mengandungi ruangan untuk menayangkan lagu ‘Bangau Oh Bangau hidupan dan makanannya.
c.       Kad Gambar  yang menunjukkan simbol ‘à
d.      Kad Gambar  yang menunjukkan contoh-contoh hidupan pengeluar, pengguna primer, pengguna skunder dan pengguna tertiar.
e.       Lembaran kerja yang meminta murid membina rantai makanan.








                                 

Langkah
Isi Pelajaran
Kaedah Penyampaian
Catatan
Permulaan





Arahkan  murid  membaca doa belajar.

Guru sediakan alat-alat yang akan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.


Set induksi

Pengenalan kepada tajuk:


Rantai Makanan berlaku apabila suatu benda hidup dimakan oleh benda hidup yang lain.

Istilah:
Herbivor
Karnivor
Omnivor
Pasangkan lagu “Bangau Oh Bangau” dari youtube dan minta murid mendengar dengan teliti.

Minta murid jawab soalan berikut:
1)Haiwan apakah yang makan rumput?
2)Apakah makanan bangau?
3)Apakah istilah haiwan yang makan   daging sahaja?

Perkenalkan tajuk pelajaran hari ini.

Strategi P&P:

Kaedah: Kelas
Teknik : Soal Jawab
Alat:
·     Lagu dari youtube
·     Komputer.
Kemahiran berfikir:
Kritis & Kreatif
Nilai:
Hormat menghormati

Langkah 1

Penerangan mengenai hidupan yang terlibat dalam Rantai Makanan.
Buat perkaitan tentang lagu tadi dengan tajuk bagi menjelaskan tumbuhan hijau (rumput) yang dimakan oleh haiwan herbivor (kerbau).


Minta murid pula memberi contoh haiwan yang makan herbivor (kerbau) secara lisan.

Minta berbincang dalam kumpulan satu jenis tumbuhan dan haiwan mengikut tabiat makan yang terlibat dalam lagu.
Strategi P&P:

Kaedah: Kelas
Teknik : Penerangan
Alat: Roll up White Board’


Kemahiran berfikir:
Kritis & Kreatif
Nilai:
Yakin Diri
Langkah 2

Mengenalkan istilah yang terdapat dalam Rantai Makanan.

Arahkan murid teliti kandungan perisian pembelajaran “Rantai Makanan” yang menunjukkan perkaitan antara istilah pengeluar, primer ,skunder dan tertiar.

Perkenalkan istilah berdasarkan contoh tumbuhan dan haiwan seperti dalam
1)Padi - pengeluar
2)Tikus – pengguna pertama (primer)
3)Ular – pengguna kedua (sekunder)
4)Helang-pengguna ketiga (tertiar)

Minta murid beri contoh hidupan lain secara lisan dan membina perkaitan antara pengeluar, pengguna primer, pengguna skunder dan pengguna tertiar

Strategi P&P:
Pemerhatian
Kaedah: Kelas
Teknik :
·           Penerangan
·           Perbincangan
Alat:
·     Perisian Pembelajaran
·     Komputer.
Kemahiran berfikir:
Kritis & Kreatif
Nilai:
Hormat-menghormati

Langkah 3

Menerangkan konsep:
à bermaksud dimakan oleh                  

Tunjuk simbol anak panah  melalui kad imbasan dan jelaskan konsep arah anak panah dan maksudnya .

Minta murid lekatkan arah simbol anak panah  pada contoh yang mereka berikan di ‘ White Board’ dalam langkah 1 menggantikan perkataan ‘dimakan oleh’.

Strategi P&P:

Kaedah:
·           Kelas
·           Individu.
Teknik : Penerangan
Alat:
·         Kad Gambar
·         Papan putih
·         Kemahiran berfikir:
Kritis & Kreatif
Nilai: Yakin

Langkah 4

Perbincangan dalam kumpulan: Membina Rantai Makanan
Bentuk lima kumpulan dan lantik ketua.

Arahkan setiap kumpulan bina tiga Rantai Makanan pada lembaran kerja yang diberi.

Guru bertindak sebagai fasilitator dan beredar dari satu kumpulan ke satu kumpulan lain.

Strategi P&P:

Kaedah: Kumpulan
Teknik :
·         Perbincangan
·         Bimbingan

Alat:
·         Lembaran kerja

Kemahiran berfikir:
Kritis & Kreatif
Nilai:
Tolong Menolong

Langkah 5

Pembentangan
Minta ketua membentangkan hasil perbincangan yang dijalankan dalam kumpulan.

Buat ramalan berdasarkan situasi yang diberi hasil pembentangan kumpulan.

Contoh situasi:
Apa akan jadi pada kambing jika rumput berkurangan?
Apa pula akan terjadi jika bilangan harimau bertambah?

Minta murid buat ramalan berdasarkan situasi yang diberi guru  hasil dari pembentangan kumpulan.

Strategi P&P:
Hipotesis
Kaedah: Kelas
Teknik :
·   Penerangan
·   Sumbangsaran
Alat:
·   Lembaran kerja
Kemahiran Belajar: Kritis & Kreatif
Nilai:
Hormat Menghormati
Rumusan

Kesimpulan
Edarkan lembaran kerja 2 dan minta murid menjawab soalan dalam Lembaran Kerja   dengan bimbingan guru.

Guru membincangkan kembali apa yang dipelajari hari ini.
Strategi P&P:

Kaedah: Kelas
Teknik : Bimbingan
Alat:
Lembaran Kerja

Kemahiran Belajar: Kritis & Kreatif
Nilai:
Bersyukur

Penutup
Membina Buku Skrap
Murid diarahkan membuat Buku Skrap dengan membina tujuh rantai makanan menggunakan gambar yang diambil dari majalah secara berkumpulan sebagai tugasan di rumah.
Minta  murid  membaca tasbih kifarah dan surah al Asr.